Selamat datang ke blog Kampung Teluk Batu, Lenggong, Perak. Ini merupakan satu usaha kami untuk meletakkan kamung ini ke dalam peta dunia, bersesuaian dengan era globalisasi.

Maklumat di sini juga boleh dijadikan sumber rujukan untuk anak rantau kampung ini yang tinggal di perantauan supaya hubungan dengan keluarga tidak terputus. Sila gunakan ruang catatan sekiranya ada sesuatu yang hendak dihebahkan dan juga sebagai ruangan chatting sesama sendiri dan rakan. Segala pandangan akan diambil kira oleh kami dalam membangunkan kampung ini.

Sila lawati blog ini untuk mendapatkan maklumat terkini.

Sebarang cadangan email ke: kgtelukbatu@gmail.com

Sunday, November 15, 2009

TANAH REBAK



Kesan hujan lebat juga melibatkan Kampung Bukit. Tanah rebak di tepi jalan berhampiran rumah Sdr Zamin Ustaz Man. Dikhuatiri hujan lebat yang berterusan akan menyebabkan berlakunya tanah runtuh lagi.

Selain itu, jambatan di Kampung Tengah juga tidak boleh dilalui kerana tanah runtuh. Usaha sedang dijalankan untuk membaiki keadaan.

1 comment:

  1. bagi menjamin keselamatan pengguna jalan yang menghubungkan kampung telok batu ke pekan Lenggong, adalah disarankan MDLG membina tembok seperti yang dilaksanakan di Bukit Raja.
    memandangkan laluan ini merupakan laluan utama
    kepada pelajar-pelajar, warga emas dsb sepatutnya adalah menjadi keutamaan kepada MDLG
    untuk tidak melengahkan pembinaan tersebut. Mungkin ketua kampung dapat memajukan usul ini kepada pihak atasan...mencegah adalah lebih baik dari merawat...tiada guna berbicara soal
    kemudahan dan keselamatan sekiranya kemalangan telah terjadi...jAngan sudah terhantuk baru terngadah....dan ketika itu barulah ingin menunding jari kepada semua pihak..akhirnya

    ReplyDelete