Selamat datang ke blog Kampung Teluk Batu, Lenggong, Perak. Ini merupakan satu usaha kami untuk meletakkan kamung ini ke dalam peta dunia, bersesuaian dengan era globalisasi.

Maklumat di sini juga boleh dijadikan sumber rujukan untuk anak rantau kampung ini yang tinggal di perantauan supaya hubungan dengan keluarga tidak terputus. Sila gunakan ruang catatan sekiranya ada sesuatu yang hendak dihebahkan dan juga sebagai ruangan chatting sesama sendiri dan rakan. Segala pandangan akan diambil kira oleh kami dalam membangunkan kampung ini.

Sila lawati blog ini untuk mendapatkan maklumat terkini.

Sebarang cadangan email ke: kgtelukbatu@gmail.com

Thursday, November 5, 2009

NYAMUK DENGGI

Petang kelmarin, semburan/fogging nyamuk denggi telah dilakukan oleh jabatan kesihatan di kg teluk batu. Tetapi kawasan yang terlibat hanyalah sekitar 200 meter keliling rumah Din berhampiran surau. Ini kerana sdr Din yang dimasukkan ke hospital KKangsar disyaki menghidap denggi.

Walaupun saya merayu supaya seluruh kampung disembur tetapi telah ditolak kerana arahan jabatan kesihatan adalah 200 meter sekeliling rumah suspek sahaja. Terfikir pula, apa jadi dengan nyamuk yang telah dapat keluar dari lingkungan 200 meter tersebut. Jadi kena tunggulah sehingga ada mangsa lain barulah semburan akan dilakukan pula. Mengapa tidak mencegah sebelum terkena? Itu persoalan bermain dalam kepala saya.

Difahamkan juga nyamuk yang menyebabkan penyakit untut kaki telah mula dikesan di kawasan Lenggong, Kita berharap ia tidak menapak di Kg Teluk Batu. Diharap penduduk kampung akan bersama-sama membersihkan keliling rumah masing-masing supaya nyamuk tidak dapat membiak.

1 comment:

  1. salam...setelah hampir 30 tahun berulang alik ke kampung bukit dan telok batu apa yang menyedihkan tiada satu pun tong sampah yang disediakan oleh pihak MDLG. Bagaimanakah ingin memupuk sikap mementingkan kebesihan dan kesihatan dikalangana warga kampung sedangkan prasana asas bagi menyedarkan masyarakat tidak disediakan?Adakah ianya hanya disediakan dipekan sahaja yang majoritinya bukan orang kita.Adakah terdapat perbezaan diantara warga desa dan pekan...fikir-fikirkan...seelok-eloknya jagalah sama orang kita...Insyaallah jika warga kampung dididik, mereka akan berubah dan kebersihan kampung dapat dipertingkatkan dan diharap seterusnya mengurangkan demam denggi....bermula dengan yang paling asas...

    ReplyDelete