Setelah selesai solat aidiladha pada pagi ini, majlis menyembelih korban telah dijalankan. Ada yang menyembelih lembu dan juga kerbau. Penduduk kampung telah bersama-sama membantu mengendalikan majlis ini.
Kerbau yang akan dikorbankan diikat di pangkal pokok. Mungkin dia mengenangkan nasibnya yang akan dijadikan korban dan bangga dengan dirinya yang terpilih sebagai korban ibadah.
Beramai-ramai menarik tali untuk mempastikan kerbau tumbang supaya senang untuk disembelih. Sepenuh tenaga dikeluarkan - 8 lawan 1
Setelah tumbang, keadaan kerbau diperiksa supaya segala ikatan kukuh dan kerbau tidak dapat melepaskan dirinya. Kalau tidak - susah pula jadinya.
Kanak-kanak berkerumun melihat majlis korban. Tradisi ini akan disambungkan oleh mereka pula apabila mereka dewasa.
(Admin tak sampai hati nak ambil gambar kerbau semasa disembelih )
Selamat datang ke blog Kampung Teluk Batu, Lenggong, Perak. Ini merupakan satu usaha kami untuk meletakkan kamung ini ke dalam peta dunia, bersesuaian dengan era globalisasi.
Maklumat di sini juga boleh dijadikan sumber rujukan untuk anak rantau kampung ini yang tinggal di perantauan supaya hubungan dengan keluarga tidak terputus. Sila gunakan ruang catatan sekiranya ada sesuatu yang hendak dihebahkan dan juga sebagai ruangan chatting sesama sendiri dan rakan. Segala pandangan akan diambil kira oleh kami dalam membangunkan kampung ini.
Sila lawati blog ini untuk mendapatkan maklumat terkini.
Sebarang cadangan email ke: kgtelukbatu@gmail.com

Thursday, November 26, 2009
SELAMAT HARI RAYA AIDIL ADHA
Saturday, November 21, 2009
KERJASAMA
Semangat gotong royong masih tebal di kalangan penduduk Kg Teluk Batu. Apabila diadakan kenduri perkahwinan, seluruh anggota kampung termasuk yang berdekatan akan datang beramai-ramai memberi bantuan mendirikan balai menghidang, tempat masak, khemah tetamu dan lain2.
Setelah selesai kerja, biasanya tuan kenduri akan menyediakan sedikit jamuan ringan untuk dinikmati bersama. Masa itulah kemesraan terjalin antara satu sama lain - usik mengusik, sindir-menyindir dlln sambil disambut dengan gelak ketawa kemesraan.
Friday, November 20, 2009
GOTONG ROYONG
1. Hari ini, gotong royong mendirikan tempat memasak dan penanggah di rumah En Rashid. Masanya selepas solat Zohor.
2. Esok , pagi Ahad, gotong royong membersihkan tanah perkuburan Kg Teluk Batu.
3. Untuk info, saya dimaklumkan ada 4 korban akan dijalankan di Kg Teluk Batu sempena Hari Raya Haji tahun ini iaitu Tok Imam Ahmad, Pakcu Taib, Afifi Ustaz Bakar dan En Basri Hj Yaakob.

Sunday, November 15, 2009
TANAH REBAK
Kesan hujan lebat juga melibatkan Kampung Bukit. Tanah rebak di tepi jalan berhampiran rumah Sdr Zamin Ustaz Man. Dikhuatiri hujan lebat yang berterusan akan menyebabkan berlakunya tanah runtuh lagi.
Selain itu, jambatan di Kampung Tengah juga tidak boleh dilalui kerana tanah runtuh. Usaha sedang dijalankan untuk membaiki keadaan.
BANJIR
Rumah Pn Rosmaizar dan Bantuan Dari Ahli Parlimen
Surau Taman K.Tampan dan Pejabat Penghulu Durian Pipit
Seperti yang diumumkan dalam akhbar, kawasan Lenggong telah dilanda banjir kilat baru-baru ini. Mat Terang Bulan dalam komennya bertanya "admin tidur nyenyak ke?" Sebenarnya tidak. Pada masa itu saya berada di Kuala Lumpur selama 3 hari. Jadi tak dapatlah saya hendak melaporkannya.
Walau bagaimanapun pada hari ini saya telah bersama-sama menjalankan gotong royong di sekitar kawasan Kota Tampan, yang dianjurkan oleh ahli parlimen Lenggong. Untuk makluman, para belia kita di bawah pimpinan En Abd Majid telah beberapa hari bertungkus lumus di kawasan tersebut untuk memberi bantuan sama ada membersihkan kawasan atau menyampaikan bahan makanan. Syabas diucapkan kepada mereka. Mat Terang Bulan tak nak balik ke ? Boleh juga memberi sedikit bantuan kepada mangsa.
Selepas ini mereka akan bergerak pula ke kawasan lain yang dilanda banjir seperti Kg Sumpitan, Gelok, Kg Sira, Banggol Belimbing dan Banggol Batu.
Untuk makluman, jalan lama dari MRSM ke Kg Chain telah ditutup kerana beberapa jambatan telah runtuh dan tidak boleh dilalui oleh kenderaan berat. Sesiapa yang hendak ke Lenggong dinasihatkan supaya menggunakan jalan baru.
Petang ini hujan turun dengan agak lebat. Kita khuatir akan menyebabkan banjir lagi. Sama-samalah kita berdoa agar ianya tidak terjadi.
Monday, November 9, 2009
KENDURI KAHWIN
Di Kg Teluk Batu akan ada kenduri kahwin anak En Abd Rashid dan Pn Zaleha pada 6.12.2009. Dua orang anaknya Mohd Shahrir dan Mohd Irwan akan mengadakan kenduri serentak pada hari tersebut. Sekian untuk makluman.
Thursday, November 5, 2009
NYAMUK DENGGI
Petang kelmarin, semburan/fogging nyamuk denggi telah dilakukan oleh jabatan kesihatan di kg teluk batu. Tetapi kawasan yang terlibat hanyalah sekitar 200 meter keliling rumah Din berhampiran surau. Ini kerana sdr Din yang dimasukkan ke hospital KKangsar disyaki menghidap denggi.
Walaupun saya merayu supaya seluruh kampung disembur tetapi telah ditolak kerana arahan jabatan kesihatan adalah 200 meter sekeliling rumah suspek sahaja. Terfikir pula, apa jadi dengan nyamuk yang telah dapat keluar dari lingkungan 200 meter tersebut. Jadi kena tunggulah sehingga ada mangsa lain barulah semburan akan dilakukan pula. Mengapa tidak mencegah sebelum terkena? Itu persoalan bermain dalam kepala saya.
Difahamkan juga nyamuk yang menyebabkan penyakit untut kaki telah mula dikesan di kawasan Lenggong, Kita berharap ia tidak menapak di Kg Teluk Batu. Diharap penduduk kampung akan bersama-sama membersihkan keliling rumah masing-masing supaya nyamuk tidak dapat membiak.

Wednesday, November 4, 2009
MASUK HOSPITAL
Dimaklumkan bahawa Tn Hj Idris Hj Ismail (Pakyeh), bekas ketua kampung Teluk Batu kini telah 2 hari dimasukkan ke wad4 Hospital Daerah Kuala Kangsar kerana menghidap penyakit masalah hati.
Turut sama dimasukkan ke wad tersebut juga adalah Sdr Saiful Azudin (Anak Nan Nali) kerana masalah diabetik. Beliau telah berada di sana selama 4 hari.
Sama-sama kita mendoakan mereka kembali sihat.
Turut sama dimasukkan ke wad tersebut juga adalah Sdr Saiful Azudin (Anak Nan Nali) kerana masalah diabetik. Beliau telah berada di sana selama 4 hari.
Sama-sama kita mendoakan mereka kembali sihat.
Subscribe to:
Posts (Atom)