
Bagi yang ingin menjamu selera, kedai milik Zaharah Radzi yang terletak bersebelahan rumahnya di Kg Teluk Batu sentiasa bersedia menerima pesanan. Dibuka dari pagi hingga ke malam kedai ini sentiasa sibuk terutama ianya terletak di antara jalan pintas ke Kg Temelong.
Terdapat pelbagai menu seperti roti canai, masakan panas dan sejuk serta burger. Jemputlah beramai-ramai.

Di hadapan kedai ini pula terdapat pemandangan kawasan pertanian yang diusahakan oleh penduduk kampung. Terdapat juga perusahaan pemeliharaan kambing boer.
No comments:
Post a Comment