Selamat datang ke blog Kampung Teluk Batu, Lenggong, Perak. Ini merupakan satu usaha kami untuk meletakkan kamung ini ke dalam peta dunia, bersesuaian dengan era globalisasi.
Maklumat di sini juga boleh dijadikan sumber rujukan untuk anak rantau kampung ini yang tinggal di perantauan supaya hubungan dengan keluarga tidak terputus. Sila gunakan ruang catatan sekiranya ada sesuatu yang hendak dihebahkan dan juga sebagai ruangan chatting sesama sendiri dan rakan. Segala pandangan akan diambil kira oleh kami dalam membangunkan kampung ini.
Sila lawati blog ini untuk mendapatkan maklumat terkini.
Sebarang cadangan email ke: kgtelukbatu@gmail.com

Monday, July 12, 2010
Monday, July 5, 2010
MENJAMU SELERA
Bagi yang ingin menjamu selera, kedai milik Zaharah Radzi yang terletak bersebelahan rumahnya di Kg Teluk Batu sentiasa bersedia menerima pesanan. Dibuka dari pagi hingga ke malam kedai ini sentiasa sibuk terutama ianya terletak di antara jalan pintas ke Kg Temelong.
Terdapat pelbagai menu seperti roti canai, masakan panas dan sejuk serta burger. Jemputlah beramai-ramai.
Di hadapan kedai ini pula terdapat pemandangan kawasan pertanian yang diusahakan oleh penduduk kampung. Terdapat juga perusahaan pemeliharaan kambing boer.
KRAFTANGAN
Membuat sarung golok dan keris adalah satu seni tradisional Melayu. Ia memerlukan satu kebolehan yang kreatif. Kg Teluk Batu berbangga kerana Sdr Rasdi telah memulakan usaha ini dengan membuka sebuah bengkel di hadapan rumah ibunya Fatimah Hj Said.
Malahan beliau juga bersama-sama beberapa orang belia kampung setiap hari berada di bengkel tersebut untuk sama2 memikirkan bentuk sarung golok yang hendak dihasilkan.
Alhamdulillah sehingga kini, hasil tangannya telah mendapat pasaran di kalangan penggemar senjata tradisional. Banyak tempahan telah diterima sama ada membuat sarung golok, lawi ayam, pedang, parang dlln. Tambahan pula dengan menggunakan kayu seriyan dan tanduk, hasilnya adalah amat cantik apabila siap. Ia juga boleh dijadikan cenderamata untuk diberi kepada dif2 kehormat sambil mempromosikan hasil kraf tempatan.
Kini, usaha telah dimajukan untuk mendapatkan bantuan dari pihak ahli parlimen supaya dilengkapkan lagi bengkel tersebut dengan peralatan moden untuk memudahkan kerja penghasilan dengan menggunakan jentera.
Pihak JKKK dan Rukun Tetangga Kg Teluk Batu telah memberikan sokongan yang padu kepada usaha beliau ini demi mengharumkan nama kampung. Semoga kampung ini akan merangkul kembali gelaran kampung contoh seperti yang pernah disandang satu masa dulu.
Subscribe to:
Posts (Atom)