
Dengan sedihnya dimaklumkan bahawa Tn Hj Mohd Dolai (tinggal di Kg Bukit) telah kembali ke rahmatullah pada hari Sabtu 12.6.2010. Jenazahnya telah selamat dikebumikan di tanah perkuburan Masjid Jame Lenggong pada petang tersebut. Takziah kepada keluarga allahyarham dan sama-samalah kita berdoa supaya rohnya dicucuri rahmat dan diletakkan di samping orang2 yang soleh. AL-FATIHAH.
Semoga kegigihan allahyarham mengusahakan kebunnya dapat dijadikan contoh oleh generasi muda. Walaupun dalam usia warga emas allahyarham tetap cergas berusaha dan tidak pernah menyusahkan orang lain untuk menyara hidupnya.
tak sangka gambar tok ahmad ni ada dalam blog
ReplyDeletesaye cucu nyer..
semoga tok berada di samping orang2 yg beriman..
al-fatihah