Selamat datang ke blog Kampung Teluk Batu, Lenggong, Perak. Ini merupakan satu usaha kami untuk meletakkan kamung ini ke dalam peta dunia, bersesuaian dengan era globalisasi.

Maklumat di sini juga boleh dijadikan sumber rujukan untuk anak rantau kampung ini yang tinggal di perantauan supaya hubungan dengan keluarga tidak terputus. Sila gunakan ruang catatan sekiranya ada sesuatu yang hendak dihebahkan dan juga sebagai ruangan chatting sesama sendiri dan rakan. Segala pandangan akan diambil kira oleh kami dalam membangunkan kampung ini.

Sila lawati blog ini untuk mendapatkan maklumat terkini.

Sebarang cadangan email ke: kgtelukbatu@gmail.com

Tuesday, December 8, 2009

KEMALANGAN

Dimaklumkan Sdr Azhar b Bakhtiar (cucu Pakcu Taib) telah terlibat dalam kemalangan jalan raya di Tasek Raban petang kelmarin. Beliau mengalami kecederaan patah kaki dan kini dirawat di hospital Taiping.

Dimaklumkan juga jambatan Kg Baru telah runtuh akibat banjir dan laluan telah ditutup. Ketua Kampung telah meletakkan tanda penghadang dlln tetapi akibat perbuatan pihak yg tidak bertanggung jawab, masih ada orang yang menggunakannya. Kelmarin seorang penunggang motosikal telah terjatuh dan dimasukkan ke hospital.

1 comment:

  1. Kepada Tok Ketua dan JKKK Telok Batu adalah dicadangkan menjemput pasukan polis trafik,
    penceramah motivasi atau sebagainya yang berkaitan bagi memberi kesedaran kepada pengguna jalan telok batu-pekan lenggong.Ini kerana jika Tok Ketua dan JKKK yang dihormati sekalian berdiri di jalan tersebut utk membuat kajian (jika sanggup ler)didapati pembonceng motosikal membawa motosikal mereka seperti berada di litar dan ada yang tanpa memakai helmet...sungguh keras kepala mereka jika dibandingkan dengan batu jalan tersebut...jangan marah ini adalah kenyataan sehingga ada yg mengakibatkan kemalangan maut...Mungkin pihak trafik boleh memaparkan gambar-gamba..dan permohonan sign board amaran juga boleh diusulkan....sekurangnya dapatlah menambah sumbangan pihak JKKK kpd penduduk kampung yg slama ini amat menyokong keperiHatTinan tuan-tuan..terima kasih...sumbangan dari kami hanyalah memberi idea dan pendapat sahaja jika dibandingkan dgn tuan-tuan JKKK yang mempunyai kuasa dan saluran bagi mengetengahkan usul ini..terpulang kpd tuan JKKK yg arif..terima kasih

    ReplyDelete