Sebuah pintu gerbang telah didirikan atas inisiatif para belia Kg Teluk Batu untuk menyambut anak-anak kampung ini yang mula pulang dari perantauan. Setiap kali Hari Raya, kawasan kampung menjadi 'jam' dengan pelbagai jenis kenderaan. Surau juga menjadi sesak.Kami mengucapkan terima kasih di atas usaha sambutan yang disediakan oleh para belia terhadap rakan-rakan dan warga perantau yang kembali berhari raya di kampung.
Kami berharap setiap pengguna jalan raya akan lebih berhati-hati agar perjalanan mereka tidak mendapat halangan. Mereka juga didoakan agar tiba di destinasi dengan selamat.

No comments:
Post a Comment