Pada 26.12.2010 Rukun Tetangga Kg Teluk Batu telah mengadakan acara sukaneka di dalam sawah. Ia merupakan sebahagian daripada aktiviti sempena perasmian KRT Teluk Batu oleh Pengarah Jabatan Perpaduan Negara dan Integriti Nasional Negeri Perak, pada 28.12.2010.
Sempena perasmiannya berbagai aktiviti telah dijalankan sebelum dan pada hari tersebut. Antaranya Sukaneka di dalam sawah, gotong royong, mewarna bagi kanak2, pertandingan masakan untuk wanita, pakaian beragampersembahan nasyid dlln.
Tahniah diucapkan kepada Pengerusi dan AJK RT serta Ketua Kampung dan AJKKK yang telah bekerjasama menjayakan majlis tersebut. Semoga KRT dapat memupuk perpaduan di kalangan penduduk kampung ini supaya kita dapat hidup dalam satu keadaan yang aman tenteram dan bersatupadu.