Selamat datang ke blog Kampung Teluk Batu, Lenggong, Perak. Ini merupakan satu usaha kami untuk meletakkan kamung ini ke dalam peta dunia, bersesuaian dengan era globalisasi.

Maklumat di sini juga boleh dijadikan sumber rujukan untuk anak rantau kampung ini yang tinggal di perantauan supaya hubungan dengan keluarga tidak terputus. Sila gunakan ruang catatan sekiranya ada sesuatu yang hendak dihebahkan dan juga sebagai ruangan chatting sesama sendiri dan rakan. Segala pandangan akan diambil kira oleh kami dalam membangunkan kampung ini.

Sila lawati blog ini untuk mendapatkan maklumat terkini.

Sebarang cadangan email ke: kgtelukbatu@gmail.com

Saturday, January 1, 2011

MAJLIS PERASMIAN KRT






Beberapa aktiviti yang telah dijalankan pada 28.12.2010. Ini beberapa foto yang sempat saya ambil sebelum saya pengsan dan dikejarkan ke hospital KK dan seterusnya ke hospital besar ipoh.

SUKANEKA DALAM SAWAH


Pada 26.12.2010 Rukun Tetangga Kg Teluk Batu telah mengadakan acara sukaneka di dalam sawah. Ia merupakan sebahagian daripada aktiviti sempena perasmian KRT Teluk Batu oleh Pengarah Jabatan Perpaduan Negara dan Integriti Nasional Negeri Perak, pada 28.12.2010.

Sempena perasmiannya berbagai aktiviti telah dijalankan sebelum dan pada hari tersebut. Antaranya Sukaneka di dalam sawah, gotong royong, mewarna bagi kanak2, pertandingan masakan untuk wanita, pakaian beragampersembahan nasyid dlln.

Tahniah diucapkan kepada Pengerusi dan AJK RT serta Ketua Kampung dan AJKKK yang telah bekerjasama menjayakan majlis tersebut. Semoga KRT dapat memupuk perpaduan di kalangan penduduk kampung ini supaya kita dapat hidup dalam satu keadaan yang aman tenteram dan bersatupadu.