Selamat datang ke blog Kampung Teluk Batu, Lenggong, Perak. Ini merupakan satu usaha kami untuk meletakkan kamung ini ke dalam peta dunia, bersesuaian dengan era globalisasi.
Maklumat di sini juga boleh dijadikan sumber rujukan untuk anak rantau kampung ini yang tinggal di perantauan supaya hubungan dengan keluarga tidak terputus. Sila gunakan ruang catatan sekiranya ada sesuatu yang hendak dihebahkan dan juga sebagai ruangan chatting sesama sendiri dan rakan. Segala pandangan akan diambil kira oleh kami dalam membangunkan kampung ini.
Sila lawati blog ini untuk mendapatkan maklumat terkini.
Sebarang cadangan email ke: kgtelukbatu@gmail.com

Monday, July 13, 2009
KEAGAMAAN
Aktiviti keagamaan juga kerap diadakan sebagai pengisian rohaniah kepada penduduk. Setiap malam Jumaat diadakan bacaan Yasin dan tahlil di surau. Di samping itu, hari kebesaran agama juga turut diraikan seperti Maal Hijrah, Maulidurasul dlln.
Kelas pengajian agama juga turut diadakan dari semasa ke semasa. Penglibatan semua golongan dewasa, remaja dan kanak-kanak dapat diwujudkan. Secara tidak langsung, tali persaudaraaan dapat dieratkan.
Terdapat juga sebuah Sekolah Agama Rakyat di sini.
Mesyuarat/perbincangan kadang-kadang diadakan secara tidak formal. Di sini kami berbincang di bawah rumah Arwah Tn Hj Ismail. Yang pentingnya bukan tempat tetapi kerja harus dilaksanakan.
Tanahperkuburan kampung sentiasa bersih dengan adanya aktiviti gotong royong oleh penduduk kampung. Kami cuba wujudkan suasana tidak mengeruni tanah kubur ketika melintasinya terutamanya pada waktu malam.
KAUM WANITA & KANAK-KANAK
Wanita juga tidak ketinggalan dalam memajukan kampung. Mereka juga turut memberi sumbangan terutama dalam majlis kenduri dan perhimpunan. Pada masa itu kedengaranlah gelak ketawa, usik-mengusik terutamanya terhadap orang yang latah. Dengan ini kerja yang berat menjadi ringan.
Aktiviti berkaitan wanita juga kerap diadakan untuk meningkatkan pengurusan rumah tangga. Pada hari tersebut pelbagai kemahiran ditunjukkan - masakan, gubahan, lipatan dlln. Hadiah turut disediakan oleh pihak penganjur.
Pertandingan mewarna untuk kanak-kanak juga kerap diadakan sempena aktiviti untuk wanita. Ini membolehkan kanak-kanak juga turut serta. Sikap bekerjasama dapat dipupuk ketika mereka masih kecil. Hadiah juga diberi sebagai galakan. Tetapi kadang-kadang si ibu pula yang menyebuk hendak mewarna. Lain kali kita adakan untuk kaum ibu pula.
BELIA
Di setiap kampung kini, golongan belia melebihi orang dewasa. Pelbagai aktiviti disediakan untuk mereka untuk mengisi masa lapang daripada terbuang begitu sahaja.
Pertandingan sepak takraw juga tidak ketinggalan.
Ahli Parlimen Lenggong, YB Dato Shamsul Anuar Nasarah sedang menyampaikan bantuan kepada En Abd Majid untuk kegunaan para belia dan pemuda. Segala pengurusan dapat dijayakan dengan adanya sokongan yang padu daripada beliau. Kami mengucapkan ribuan terima kasih.
Para belia sedang mendengar dengan khusyuk pandangan yang diberikan oleh pemimpin. Mungkin dari wajah-wajah ini akan lahir pemimpin negara masa hadapan.
GOTONG ROYONG
Kampung ini terletak dalam Parlimen Lenggong dan DUN Kota Tampan. Pengurusan kampung ini ditadbirkan oleh sebuah JKKP yang dilantik oleh kerajaan. Penduduknya hidup dalam aman dan harmoni - ibarat aur dengan tebing, susah senang dipikul bersama. Walaupun terdapat sebilangan kecil perbezaan fahaman politik, dari segi sosialnya penduduk masih bersatu. Ini terbukti ketika mengadakan kenduri, yang rata-ratanya masih mengamalkan cara bergotong royong.
Kebanyakan penduduk di sini mempunyai talian keluarga antara satu sama lain, kebanyakan perselisihan pendapat diselesaikan secara keluarga.
Kebanyakan penduduk, terutama golongan tua, terdiri daripada petani. Namun anak-anak muda kampung ini ramai yang bekerja sama ada dengan kerajaan atau swasta. Ada juga yang mencari rezeki di luar daerah. Mereka akan ulang terutama semasa hari perayaan seperti Hari Raya dan apabila ada kenduri kahwin aau kematian. Pada masa itu, keadaan kampung menjadi sesak.

PROFIL KAMPUNG
Nama Kampung : KAMPUNG TELOK BATU
Mukim : LENGGONG
Pihak Berkuasa Tempatan : MAJLIS DAERAH LENGGONG
Keluasan Kampung : 153 EKAR
Jumlah Penduduk : 850 ORANG
Jumlah Rumah : 200 BUAH RUMAH
Nama Ketua Kampung : EN ABDUL AZIZ B SHARIF
Alamat Ketua Kampung : KAMPUNG TENGAH TELOK BATU
No Telefon : 012 5988021
Kampung Rangkaian :
KAMPUNG MASID JAMEK
KAMPUNG BUKIT
KAMPUNG TENGAH
KAMPUNG TELOK BATU INDUK
KAMPUNG TELOK BATU HILIR
KAMPUNG BARU TELOK BATU
KAMPUNG LABIT
PPRT KAMPUNG LABIT

Subscribe to:
Posts (Atom)