Selamat datang ke blog Kampung Teluk Batu, Lenggong, Perak. Ini merupakan satu usaha kami untuk meletakkan kamung ini ke dalam peta dunia, bersesuaian dengan era globalisasi.

Maklumat di sini juga boleh dijadikan sumber rujukan untuk anak rantau kampung ini yang tinggal di perantauan supaya hubungan dengan keluarga tidak terputus. Sila gunakan ruang catatan sekiranya ada sesuatu yang hendak dihebahkan dan juga sebagai ruangan chatting sesama sendiri dan rakan. Segala pandangan akan diambil kira oleh kami dalam membangunkan kampung ini.

Sila lawati blog ini untuk mendapatkan maklumat terkini.

Sebarang cadangan email ke: kgtelukbatu@gmail.com

Sunday, February 28, 2010

PERKAHWINAN

Pada hari Ahad 14.3.2010 akan berlangsung perkahwinan antara Cikgu Alias b Jusoh dengan Jamilah bt Jalil di Kg Teluk Batu. Sehari sebelumnya 13.3.2010 akan diadakan gotong royong persiapan majlis tersebut. Kepada warga Kg Teluk Batu yang telah mendapat jemputan, baliklah untuk meraikan majlis tersebut.

KEHIJAUAN SAWAH


Kawasan sawah Teluk Batu kini menghijau. Suatu pemandangan yang amat menyegarkan. Tak lama lagi akan terhasil padi yang menguning. Kata orang, berbudi pada tanah akan mendatangkan hasil. Cuma rata-rata yang mengusahakannya terdiri dari orang dewasa. Para remaja kurang berminat dalam bidang ini. Mungkin mereka lebih selesa membeli beras daripada mengusahakannya.

Friday, February 19, 2010

ALFATIHAH

Dengan dukacitanya dimaklumkan bahawa pada hari ini ada 3 kematian melibatkan warga Kg Teluk Batu.

1. Isteri kepada Pak Kulop Hamzah Awg Kecil yang meninggal di Batu Gajah. Jenazahnya akan di kebumikan di Tanah perkuburan Kg Teluk Batu.
2. Sdr Din (anak Nan Nali) meninggal di rumahnya di kg teluk batu dan akan dikebumikan di tanah perkuburan kg teluk batu juga.
3. Cucu Pak Tam Majid (anakAkma) yang baru lahir di hospital Ipoh. Jenazahnya akan dikebumikan di Bagan Serai.

Sama-samalah kita mendoakan semoga roh2 mereka akan diletakkan di samping orang2 yang beriman. Al Fatihah.

Thursday, January 28, 2010

KAHWIN..KAHWIN...KAHWIN

Pada hari Sabtu 30.1.2010 akan berlangsung perkahwinan anak Pn Sharifah Abdullah di rumahnya di Kg Teluk Batu. Sesiapa yg kena jemput balikle sambil menjenguk2 kampung kita.

Pada 15/2/2010 (Isnin) pula perkahwinan anak cikgu Sham (Mohd Hafiz) tetapi majlis akan diadakan di Dewan Merdeka Lenggong. Semua warga Kg Teluk Batu adalah dengan segala hormatnya dijemput ke kenduri tersebut.

Tuesday, January 12, 2010

ALFATIHAH

Dengan dukacitanya dimaklumkan Tn Hj Idris b Hj Ismail, bekas ketua kampung Teluk Batu telah kembali ke rahmatullah pada pagi ini. Jenazah akan dikebumikan pada hari ini. Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas rohnya dan diletakkan di samping orang2 yang beriman. Alfatihah.

Wednesday, December 23, 2009

KEMALANGAN LAGI

Untuk info, Sdr Shahir yang baru melangsungkan perkahwinan tak berapa lama dulu, kini terlantar di hospital Ipoh kerana kemalangan motorsikal. Dikhabarkan kakinya patah dan perlu dimasukkan besi.

Wednesday, December 9, 2009

KENDURI KAHWIN LAGI

Pada 12.12.09 (Sabtu) akan dilangsungkan perkahwinan Azwani bt Abu Kasim dengan Mohd Ridzuan b Hj Hasan di 42 Kg Bukit, Teluk Batu. Tuan rumah, En Mat Noor Said dan Pn Zalamah Zakaria berharap segalanya akan berjalan lancar.

Kita mengucapkan Selamat Pengantin Baru dan semoga berbahagia hingga ke akhir hayat.

Tuesday, December 8, 2009

KEMALANGAN

Dimaklumkan Sdr Azhar b Bakhtiar (cucu Pakcu Taib) telah terlibat dalam kemalangan jalan raya di Tasek Raban petang kelmarin. Beliau mengalami kecederaan patah kaki dan kini dirawat di hospital Taiping.

Dimaklumkan juga jambatan Kg Baru telah runtuh akibat banjir dan laluan telah ditutup. Ketua Kampung telah meletakkan tanda penghadang dlln tetapi akibat perbuatan pihak yg tidak bertanggung jawab, masih ada orang yang menggunakannya. Kelmarin seorang penunggang motosikal telah terjatuh dan dimasukkan ke hospital.

Monday, December 7, 2009

SELAMAT PENGANTIN BARU




























Kami mengucapkan selamat pengantin baru kepada Sdr Irwan dan Sdr Shahir, anak kepada En Abd Rashid dan Pn Zaleha yang telah melangsungkan perkahwinan mereka di Kg Teluk Batu pada 6.12.09. Majlis berjalan dengan penuh kemeriahan dan berjaya dengan bantuan dan kerjasama seluruh penduduk kampung. Makanan disediakan secara bergotong royong dan dihidang secara buffet. Cuaca pada hari tersebut sungguh baik. Segalanya berjalan dengan lancar. Kami mendoakan kedua-dua pasangan akan berbahagia hingga ke akhir hayat.

Thursday, November 26, 2009

KORBAN

Setelah selesai solat aidiladha pada pagi ini, majlis menyembelih korban telah dijalankan. Ada yang menyembelih lembu dan juga kerbau. Penduduk kampung telah bersama-sama membantu mengendalikan majlis ini.



Kerbau yang akan dikorbankan diikat di pangkal pokok. Mungkin dia mengenangkan nasibnya yang akan dijadikan korban dan bangga dengan dirinya yang terpilih sebagai korban ibadah.








Beramai-ramai menarik tali untuk mempastikan kerbau tumbang supaya senang untuk disembelih. Sepenuh tenaga dikeluarkan - 8 lawan 1









Setelah tumbang, keadaan kerbau diperiksa supaya segala ikatan kukuh dan kerbau tidak dapat melepaskan dirinya. Kalau tidak - susah pula jadinya.







Kanak-kanak berkerumun melihat majlis korban. Tradisi ini akan disambungkan oleh mereka pula apabila mereka dewasa.




(Admin tak sampai hati nak ambil gambar kerbau semasa disembelih )