Selamat datang ke blog Kampung Teluk Batu, Lenggong, Perak. Ini merupakan satu usaha kami untuk meletakkan kamung ini ke dalam peta dunia, bersesuaian dengan era globalisasi.

Maklumat di sini juga boleh dijadikan sumber rujukan untuk anak rantau kampung ini yang tinggal di perantauan supaya hubungan dengan keluarga tidak terputus. Sila gunakan ruang catatan sekiranya ada sesuatu yang hendak dihebahkan dan juga sebagai ruangan chatting sesama sendiri dan rakan. Segala pandangan akan diambil kira oleh kami dalam membangunkan kampung ini.

Sila lawati blog ini untuk mendapatkan maklumat terkini.

Sebarang cadangan email ke: kgtelukbatu@gmail.com

Monday, June 7, 2010

RENUNGAN

Tok Mat Dolai sudah tidak mampu lagi menoreh getah kerana uzur. Dia telah memberikan kerja menoreh kepada seorang berbangsa Cina. Semenjak itu kebunnya telah bertukar wajah. Saya berasa sedih juga apabila melihat keadaan kebun orang kita yang berhampiran. Sikap penoreh Cina ini patut kita contohi.. dari segi kesungguhan kerja. Gambar2 berikut dapat menceritakan selanjutnya.
Saksikan









Thursday, June 3, 2010

GAMBAR-GAMBAR SEKITAR SAWAH

Sebenarnya kawasan Kg Teluk Batu juga tidak kurang dengan keindahan yang semula jadi. Kalau diteliti, banyak tempat dimana pemandangannya boleh memberikan suatu kedamaian kepada yang menghayatinya. Saksikan...





he he boleh dating tengah bendang lagi....

Lama tak mencatat

Sudah lama aku tidak mencatat sesuatu di sini. Mungkin kerana tumpuanku kepada facebook Kg Teluk Batu yg telah diwujudkan. Tahniah kepada admin dan aku akan tinggalkan facebook kg kepada mereka yg mengendalikannya. Seterusnya memberi tumpuan kepada blogspot ini sebagai rujukan alternatif tentang berita2 kampung.

29.5.2010 - kita mengucapkan selamat pengantin baru kepada dua orang gadis kg teluk batu yang melangsungkan perkahwinan dengan jejaka pilihan mereka... Munirah (anak kepada arwah Nan Nali) yg tinggal berhampiran surau dan Yannie (anak Nahar Mat Saman) yg tinggal di kg bukit. Kita doakan semoga mereka akan berbahagian hingga ke akhir hayat.

31.5.2010 - Pak Long Bahar, yg tinggal sebelah rumah Munirah, telah kembali ke rahmatullah di hospital Kuala Kangsar dan jenazahnya telah dikebumikan di tanah perkuburan kg teluk batu. Kita mengucapkan takziah kepada keluarganya.

6.6.2010 - perkahwinan Azrina Mohd Supian di kg teluk batu.
13.6.2010 - perkahwinan Mohd Adli b Zolkaffli (cucu Imam Ahmad) di Kg Teluk Batu
Kepada yang menerima undangan diharap dapat hadir untuk memeriahkan majlis.

Thursday, April 29, 2010

Azizan Abd Majid


Alhamdulillah Azizan telah pun keluar dari hospital dan kini berehat di rumah. Pagi ini beliau telah datang ke rumah saya dan kelihatan sangat ceria. Jika ada rakan2 yang ingin menghubunginya bolehlah telefon ke hp nya 019-4108395

Wednesday, April 21, 2010

BERITA TERKINI

April 21.4.2010 (Rabu) :
1. Azizan anak Pak Tam Majid telah pun keluar dari hospital dan kini balik ke rumahnya di Kg Teluk Batu. Keadaannya agak memberansangkan walaupun kesan jahitan di kepala masih jelas kelihatan. Dari perbualannya dapat dikatakan ingatannya telah pun pulih kembali.

2. Shahir anak Pak Rashid sudah pun dikeluarkan dari ICU dan ditempatkan di wad biasa di Hospital Tuanku Bainun Ipoh. Keadaannya beransur pulih tetapi masih tidak boleh bergerak seperti biasa. Walau bagaimanapun dia sudah boleh memberi tindak balas kepada pertanyaan yang dikemukakan kepadanya.

Sama-samalah kita berdoa supaya kedua-duanya akan kembali sembuh seperti sediakala. Ambil ikhtibar dari kejadian ini - jangan lupa memakai topi keledar semasa memandu motorsikal walaupun dalam jarak yang dekat.

3. Padi di sawah telah masak menguning dan sekarang tiba musim menuai. Cuma kali ini agak berbeza sikit kerana jentera berat digunakan,

Friday, March 26, 2010

KEMALANGAN LAGI

Berita terbaru... Sdr Shahir (anak Pak Rashid) terlibat dalam kemalangan di jalan Labit, terlanggar seekor lembu dan kini dirawat di hospital Taiping. Disyaki berlaku pendarahan beku dalam kepala dan akan di bedah.

Sama-sama kita doakan supaya beliau pulih dari kecederaannya.

Sama-samalah kita ingatkan sesama sendiri supaya sentiasa memakai topi keledar ketika memandu motorsikal, walaupun menunggang dalam jarak yang dekat. Malang tidak berbau. Juga elakkan menggunakan telefon bimbit semasa memandu.

Monday, March 22, 2010

Facebook Kg Teluk Batu

Kepada warga teluk batu, sila layari juga Facebook Kg Teluk Batu untuk mendapatkan berita2 terkini. Anda juga boleh berhubung dengan rakan2 yang lama tidak berjumpa. Sila klik pada perkataan facebook di atas untuk melayarinya.
...............................................

Info terkini, Azizan anak paktam Majid kini telah keluar dari wad icu dan diletakkan dalam wad biasa 2A di hospital besar ipoh. Beliau telah sedar dan memberi respons kepada soalan yang kita ajukan. Alhamdulillah.

Wednesday, March 17, 2010

KEMALANGAN LAGI

Azizan, anak Pak Tam Majid terlibat dalam kemalangan di Kg Bukit. Sekarang beliau ditempatkan di Hospital Besar Ipoh dalam Wad 3B ICU.

Kita mengharapkan warga Kg Teluk Batu supaya lebih berhati-hati ketika menunggang motorsikal. Pastikan segala kelengkapan keselamatan dipatuhi untuk mengelakkan kemalangan sedemikian.

Kerapkali saya melihat warga muda yang menunggang motorsikal menggunakan handphone ketika memandu. Ada juga yang menghantar dan membaca sms. Ramai juga yang tidak menggunakan topi keselamatan. Ingatlah keluarga tersayang.

Sunday, March 14, 2010

SELAMAT PENGANTIN BARU


Kita mengucapkan selamat pengantin baru kepada Cikgu Alias Jusoh dan Pn Jamilah Jalil yang telah selamat melangsungkan perkahwinan pada hari ini. Suasana panas yang telah lama menyelubungi kawasan ini tiba-tiba menjadi sejuk dengan turunnya hujan dari malam kelmarin lagi. Mungkin inilah keberkatan majlis yang telah diadakan.

Sama-sama kita doakan semoga kedua pengantin berbahagia hingga ke akhir hayat.

Wednesday, March 3, 2010

JAMBATAN ROSAK TIDAK DIBAIKI



Jambatan yang menghubung Kg Tengah Teluk Batu dengan Masjid Lama telah lama rosak kesan banjir yang melanda tak berapa lama dulu. Tetapi hingga kini ianya masih belum dibaiki. Laluan ini sering digunakan oleh penduduk kerana tak perlu melalui pekan Lenggong. Juga digunakan oleh murid-murid sekolah sebagai jalan pintas dan selamat untuk ke sekolah.

Penduduk kampung berharap pihak yang berwajib dapat mengambil tindakan membaikinya dengan segera untuk mengatasi kesulitan yang dihadapi. Tambahan pula ada juga yang masih degil menggunakannya walaupun agak membahayakan keselamatan mereka.